KATA-KATA ALUAN PENGARAH KANAN

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam untuk Semua.

Selamat Datang ke Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (RMIC), Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Sebagai Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (RMIC), saya bersyukur kehadrat Allah SWT di atas segala nikmatNya di atas kejayaan membangunkan laman web RMIC sebagai platform pusat maklumat dan rujukan, dalam hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan dan pelaksanaan aktiviti penyelidikan, inovasi, penerbitan, perundingan dan pengkomersilan kepada seluruh kakitangan (staf akademik dan staf pentadbiran)  dan pelajar UMK. RMIC adalah salah satu entiti di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang peranannya adalah untuk mengurus, menyelaras dan menggerakkan segala aktiviti penyelidikan untuk meningkatkan produktiviti dalam memfasilitasi penemuan dan hasil penyelidikan yang berkualiti berdasarkan permintaan pihak industri, agensi dan masyarakat.

Selepas fasa pengstrukturan semula RMIC, RMIC telah distrukturkan dengan penambahan 3 bahagian utama di dalam menyokong visi dan misi penyelidikan di peringkat universiti. Bahagian Pengurusan Penyelidikan (RMD), Bahagian Penerbitan dan Penarafan (PRD) dan Bahagian IP dan Pengkomersilan (ICD) adalah merupakan bahagian-bahagian yang diwujudkan bagi menyelaras dan melaksanakan segala aktviti dan pembudayaan ekosistem Research, Innovation, Commercialization, Enterprising (R.I.C.E) di UMK.

Bagi membudayakan ekosistem RICE di UMK, pelbagai aktiviti dan inisiatif telah diperkenalkan bagi merancakkan aktiviti penyelidikan, inovasi, penerbitan dan pengkomersilan di UMK. Skim Geran Jangka Pendek (SGJP) iaitu geran dalaman UMK yang diperkenalkan sebelum ini telah ditambahbaik dengan 4 pecahan geran baharu iaitu Geran UMK-Fundamental (UMK-FUND), UMK-Prototype (UMK-PRO), UMK-Social Impact Research (UMK-SIR) dan UMK-Matching (UMK-Match). Geran bagi staf pentadbiran juga diperkenalkan iaitu UMK-Non Academician Research for Innovation and Creativity Enhancement (UMK-NICE) bagi memberi peluang kepada staf pentadbiran bersama-sama menyumbang idea seterusnya membudayakan ekosistem yang telah dibangunkan di UMK. Research Management System (RMS) juga telah dibangunkan sebagai platform online permohonan geran dalaman universiti mengantikan sistem manual melalui pengisian borang.

RMIC juga telah menyediakan pelbagai insentif termasuklah insentif penerbitan yang bertujuan untuk meningkatkan bilangan penerbitan berimpak di UMK. Selain itu juga, ianya dapat memberi suntikan motivasi kepada penyelidik-penyelidik UMK supaya hasrat UMK menghasilkan 1 Pensyarah 2 Scopus tercapai. UMK buat julung-julung kalinya pada tahun 2020 tersenarai di dalam QS Asia Ranking, pelbagai inisiatif telah dibangunkan bagi mencapai hasrat ini selain meningkatkan kualiti penyelidikan melalui penilaian di peringkat MyRA.

RMIC juga bekerjasama dengan sektor awam, pihak kerajaan negeri dan swasta terutamanya dalam mendapatkan dana dari pihak luar untuk aktiviti penyelidikan Universiti. Sejajar dengan matlamat UMK untuk memperkasa dan menyelaraskan aktiviti penyelidikan, RMIC bertekad untuk terus meningkatkan tahap perkhidmatan pengurusan penyelidikannya sesuai dengan status UMK sebagai Universiti Keusahawanan dan Universiti Berfokus.

Akhir kata, saya berharap agar kita semua mendapat manfaat dari laman web ini. Cadangan dan idea membina untuk meningkatkan perkhidmatan terbaik RMIC UMK di masa hadapan dialu-alukan daripada semua.

Integriti dan disiplin terhadap penyelidikan yang berkualti

Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman

#KitaBinaLegasiBersama
#NothingIsImpossible

#RmicUntukSemua

Image

VISITOR COUNTER

Today20
Yesterday1056
This week4120
This month16125
Total205106

Visitor Info

  • IP: 3.238.132.225
  • Browser: Unknown
  • Browser Version:
  • Operating System: Unknown

Who Is Online

1
Online

2021-09-17

HUBUNGI KAMI

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI (RMIC)

Universiti Malaysia Kelantan (UMK),

16300 Bachok, Kelantan Malaysia

Nombor telefon : 09-7797780

Email     : rmic@umk.edu.my

Website    : http://rmic.umk.edu.my
Kemaskini Terakhir : 25 JULAI 2021 

PERTANYAAN / ADUAN

Web Admin

Image

Encik Muhammad Hafiz Bin Mohd Yani

No Tel/Ext: 09-7797780/11825
Emel: hafiz.y@umk.edu.my