AMANAT NAIB CANSELOR UMK 2021

AMANAT NAIB CANSELOR UMK 2021

SYUKUR merupakan key point kepada amanat Naib Canselor bagi tahun 2021.
 
Syukur dari segi bahasa ialah mengetahui akan nikmat, menzahirkan dan memujinya. Dari segi istilah, syukur terbahagi kepada dua. Syukur lidah iaitu memuji Allah SWT, dan syukur anggota badan, iaitu melazimi membuat kebaikan untuk mendapat syafaat daripada Allah.
 
Menurut pandangan ulama tasawuf, syukur terbahagi kepada 3 peringkat, iaitu:
 
1. Syukur merupakan anugerah dan kurniaan Allah Subhanahuwataala – iaitu kita sedar dan faham bahawasa syukur itu sendiri adalah kurniaan Allah dalam hati kita dan Allahlah yang inginkan kita bersyukur. Inilah tingkatan yang tertinggi dalam ilmu syukur. Allah taala memberikan rasa syukur di hati, lalu kita bersyukur di atas segala nikmat yang Allah berikan.
 
2. Syukur ke atas pemberi nikmat – iaitu kita bersyukur bahawa Allah SWT adalah pemberi nikmat yang kita perolehi. Apabila diberikan nikmat dalam hidup, kita tidak nampak kepada nikmat itu. Tetapi kita nampak kepada pemberi nikmat iaitu Allah. Tiada pemberi nikmat selain Allah Yang Maha Berkuasa.
 
3. Syukur atas nikmat yang diberikan – iaitu bersyukur ke atas nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada kita, seperti nikmat harta benda, kahwin, anak, pangkat, rumah besar, kereta besar, kejayaan pencapaian KPI dalam organisasi dan sebagainya. Allah berikan nikmat tersebut, lalu kita mengucapkan ‘Alhamdulillah’.
 
Selama lebih 2 tahun di bawah pimpinan Naib Canselor, polisi dan dasar yang dibangunkan sangat jelas bagi perlaksanaannya disemua peringkat jabatan, fakulti dan pusat. Diperingkat RMIC khususnya, KPI dan pelan tindakan yang dibangunkan adalah jelas meliputi ekosistem RICE (hasil nukilan dan idea Naib Canselor) iaitu penyelidikan, inovasi, pengkomersilan, penerbitan, penarafan dan enterprise. Selama hampir 2 tahun RMIC distrukturkan, KPI yang diberikan oleh Universiti dapat dilaksanakan dengan baik hasil daripada kerja dan usaha secara berjemaah yang melibatkan semua fakulti dan pusat di UMK. Konsep SYUKUR yang dibawa kali ini oleh Naib Canselor adalah sgt relevan dan bertetapan dengan pencapaian yang telah dicapai oleh RMIC bagi 2 tahun berturut-turut iaitu 2019 dan 2020.
 
Tiada perkataan selain zikir “Alhamdullilah” (Syukur) kepada Allah SWT yang boleh diungkapkan di atas pencapaian perlaksanaan KPI yang telah ditetapkan oleh Universiti.
Semoga dengan amanat dan strategik yang berfokus tahun 2021 yang disampaikan oleh Naib Canselor akan menjadi suntikan dan rujukan kepada RMIC untuk terus memacu kejayaan pada tahun 2021. Syukur Alhamdullilah In sha Allah.
 
000
Read 215 times Last modified on Wednesday, 03 February 2021 09:26
Rate this item
(0 votes)
Image

VISITOR COUNTER

Today1056
Yesterday1067
This week4100
This month16105
Total205086

Visitor Info

  • IP: 185.191.171.11
  • Browser: Unknown
  • Browser Version:
  • Operating System: Unknown

Who Is Online

1
Online

2021-09-16

HUBUNGI KAMI

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI (RMIC)

Universiti Malaysia Kelantan (UMK),

16300 Bachok, Kelantan Malaysia

Nombor telefon : 09-7797780

Email     : rmic@umk.edu.my

Website    : http://rmic.umk.edu.my
Kemaskini Terakhir : 25 JULAI 2021 

PERTANYAAN / ADUAN

Web Admin

Image

Encik Muhammad Hafiz Bin Mohd Yani

No Tel/Ext: 09-7797780/11825
Emel: hafiz.y@umk.edu.my