FIRST TIME EVER

FIRST TIME EVER


Selepas tersenarai di dalam QS Asia Ranking 2021 buat pertama kali dalam sejarah penubuhannya, UMK sekali lagi membuktikan keupayaannya dengan tersenarai di dalam THE Impact Rankings 2021 pula. Kejayaan ini adalah merupakan kejayaan bersama buat seluruh warga UMK yang telah memberikan komitmen terbaik sepanjang menjalankan proses kerja ini.

Tahniah buat Bahagian Penerbitan dan Penarafan (PRD), Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (RMIC) UMK yang menyelaraskan proses kerja ini dengan amat baik sekali. Tahniah juga kepada semua Fakulti, Pusat Kecemerlangan (CoE) dan PTj yang membantu di dalam kejayaan ini.

THE Impact Ranking yang diperkenalkan oleh THE mengambil kira petunjuk yang menilai pencapaian universiti berdasarkan 17 Matlamat Pembangunan Lestari yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu (PBB) atau lebih dikenali sebagai 17 United Nation’s Sustainable Development Goals (SDG).

Prestasi UMK pada THE Impact Ranking ini dinilai berdasarkan pencapaian terbaik di dalam empat SDG dimana UMK menunjukkan prestasi memberansangkan pada SDG 2 (Zero Hunger) dan SDG 15 (Life of Land) yang berada di kedudukan ke 201–300 manakala untuk SDG 1 (No Poverty) UMK di kedudukan ke 301–400 . Sementara itu, UMK dinilai pada kedudukan 401+ untuk SDG 7 (Affordable And Clean Energy) dan SDG 12 (Responsible Consumption And Production). Manakala SDG 11 (Sustainable Cities and Communities) di kedudukan 601+ dan untuk SDG 4 (Quality Education) di kedudukan 801+.

Pencapaian terbaik itu merupakan pengiktirafan global dan petanda positif kepada keberkesanan pelbagai inisiatif UMK ke arah menjadi Universiti Keusahawanan terkemuka dunia menjelang 2030. Inisiatif ini juga adalah selari dengan dasar Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) iaitu University for Society (U4S) yang menekankan bahawa fokus utama universiti juga adalah untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat.

Congratulations to UMK 

000
Read 135 times Last modified on Wednesday, 28 April 2021 09:55
Rate this item
(0 votes)
Image

VISITOR COUNTER

Today1012
Yesterday1067
This week4056
This month16061
Total205042

Visitor Info

  • IP: 185.191.171.16
  • Browser: Unknown
  • Browser Version:
  • Operating System: Unknown

Who Is Online

1
Online

2021-09-16

HUBUNGI KAMI

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI (RMIC)

Universiti Malaysia Kelantan (UMK),

16300 Bachok, Kelantan Malaysia

Nombor telefon : 09-7797780

Email     : rmic@umk.edu.my

Website    : http://rmic.umk.edu.my
Kemaskini Terakhir : 25 JULAI 2021 

PERTANYAAN / ADUAN

Web Admin

Image

Encik Muhammad Hafiz Bin Mohd Yani

No Tel/Ext: 09-7797780/11825
Emel: hafiz.y@umk.edu.my