SEKALUNG PENGHARGAAN DAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA MANTAN NAIB CANSELOR DAN TIMBALAN NAIB CANSELOR PENYELIDIKAN DAN INOVASI UMK

SEKALUNG PENGHARGAAN DAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA MANTAN NAIB CANSELOR DAN TIMBALAN NAIB CANSELOR PENYELIDIKAN DAN INOVASI UMK

Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Dato' Dr. Noor Azizi Ismail dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah merakam 'clock out' terakhir di ruang legar Bangunan Canselori, UMK Bachok, tepat jam 3.30 petang, pada 26 Ogos 2021.

Sesi daftar keluar itu adalah simbolik kepada Majlis Sanjungan Budi yang didedikasikan khas kepada Prof. Dato' Dr. Noor Azizi dan Prof. Ts. Dr. Arham sempena tamat perkhidmatan selaku Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi.

Prof. Dato' Dr. Noor Azizi telah memulakan tugas sebagai Naib Canselor UMK kelima pada 7 Januari 2019 sehingga 27 Ogos 2021.

Sepanjang dua (2) tahun perkhidmatannya, beliau telah berjaya memacu universiti dengan pelbagai pencapaian dan kejayaan UMK di persada dunia dimana buat julung kalinya UMK berada di kedudukan 551-600 dalam QS World University Rangkings Asia 2021.

Selain itu, UMK turut mencatatkan kejayaan dalam bidang Kebolehpasaran Graduan – Graduate Employability melebihi 90 peratus dan Graduan Usahawan mencatatkan peningkatan sebanyak 15 peratus melebihi sasaran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Sementara itu, Prof. Ts. Dr. Arham telah memulakan tugas selaku Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), pada 15 Jun 2019 hingga 27 Ogos 2021.
Sepanjang perkhidmatan itu, beliau telah berjaya meningkatkan kecemerlangan dalam bidang penyelidikan dan inovasi dengan memperkenalkan UMK Rice Ecosystem University For Society dan melonjakkan bidang inovasi dan penerbitan berimpak tinggi di UMK.

Pihak RMIC ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada YBhg Dato’ Naib Canselor dan YBhg Prof TNCPI di atas segala nasihat dan tunjuk ajar di dalam menerajui ekosistem RICE di UMK.

000
Read 28 times Last modified on Wednesday, 01 September 2021 10:01
Rate this item
(0 votes)
Image

VISITOR COUNTER

Today1033
Yesterday1067
This week4077
This month16082
Total205063

Visitor Info

  • IP: 185.191.171.16
  • Browser: Unknown
  • Browser Version:
  • Operating System: Unknown

Who Is Online

1
Online

2021-09-16

HUBUNGI KAMI

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI (RMIC)

Universiti Malaysia Kelantan (UMK),

16300 Bachok, Kelantan Malaysia

Nombor telefon : 09-7797780

Email     : rmic@umk.edu.my

Website    : http://rmic.umk.edu.my
Kemaskini Terakhir : 25 JULAI 2021 

PERTANYAAN / ADUAN

Web Admin

Image

Encik Muhammad Hafiz Bin Mohd Yani

No Tel/Ext: 09-7797780/11825
Emel: hafiz.y@umk.edu.my