SESI AUDIT PENCAPAIAN MyRA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

Monday, 28 February 2022 10:12
Sessi audit dokumen pencapaian MyRA bagi Tahun 2019 dan 2020 Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Penilaian pencapaian MyRA merangkumi 8 bahagian yang melibatkan ekosistem dan kualiti penyelidikan, inovasi, penerbitan, perundingan, pengkomersilan, penjanaan pendapatan di universiti. Penarafan ini diberikan dalam bentuk pencapaian bintang ?.
UMK diwakili oleh RMIC melalui Bahagian Penerbitan & Penarafan (PRD) sebagai sekretariat dan Ketua-ketua data yang dilantik melibatkan fakulti dan PTj yang menyokong kepada ekosistem di atas.
Tahniah kepada Task Force MyRA UMK??❤️❤️.

PROGRAM LAWATAN KERJA UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) KE UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) KAMPUS JELI

Monday, 14 February 2022 09:33
UMK KAMPUS JELI 13 JAN | Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang diketuai oleh Naib Canselor, Lt. Kol. Prof. Ts. Dr. Zaliman Bin Sauli telah mengadakan Lawatan Penanda Aras Penyelidikan dan Inovasi Di UMK Kampus Jeli pada 13 Februari 2022 (Ahad). Tujuan utama lawatan penanda aras tersebut adalah bagi perkongsian amalan baik serta peluang kolaborasi strategik antara UniMAP dan UMK. UMK telah diwakili oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Bin Abdullah dan turut serta adalah Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RMIC), Pengarah UMK Kampus Jeli dan Pengarah-Pengarah di bawah Pejabat TNCPI. Antara aktiviti yang terlibat ialah lawatan ke tapak Agro Techno Park (ATP), Institut Penyelidikan Jaminan Makanan dan Pertanian Lestari (IFSSA), pameran produk keusahawanan pelajar serta pembentangan dan perbincangan kolaborasi strategik.

PROGRAM RMIC COFFEE TALK WEBINAR ON 10 - 10 MYSTIE FRAMEWORK TRAILBLAZING THE WAY FOR PROSPERITY, SOCIETAL WELL-BEING & GLOBAL COMPETITIVENESS

Monday, 20 December 2021 09:41
Bachok 16 Disember 2021| UMK menerusi Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) telah menganjurkan RMIC Coffee Talk 2/2021 : 10-10 MYSTIE Framework Trailblazing the Way for prosperity, Societal Well-Being & Global Competitiveness secara fizikal bertempat di Bilik Seminar 2,Aras 2, Pejabat Pendaftar, Bangunan Canselori, UMK Bachok dan dalam talian melalui platform Google Meets Hangout. Penceramah yang dijemput adalah tidak asing lagi iaitu Yang Berbahagia Prof. Datuk Dr. Asma Binti Ismail, Presiden Akademi Sains Malaysia (ASM). Program ini di kendalikan oleh Prof. Madya Ts. Ir. Dr. Julie Juliewatty Binti Mohamed, Pengarah, Bahagian Komersialan dan Harta Intelek (ICD).
 
Turut hadir ke program ini adalah YBhg. Prof. Dr. Nik Maheran Binti Nik Muhammad, Menjalankan Fungsi Naib Canselor, YBhg. Prof Ts Dr Arham Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan juga YBhg. Prof Ts Ir Dr Ahmad Ziad Sulaiman, Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi. Seramai 85 peserta dari dalam dan luar menyertai program ini secara dalam talian dan 40 orang secara fizikal.
 
Program ini bertujuan untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman berkaitan berkongsi idea dan juga hasrat dalam Rangka Kerja 10-10 MYSTIE selari dengan hasrat university dimana UMK telah menggariskan enam (6) teras utama melalui Pelan Strategik UMK (PSU) 2021-2025 dalam usaha memacu kecemerlangan untuk mencapai misi dan visi sebagai Universiti Keusahawanan tersohor di peringkat global.
Page 1 of 19
Image

VISITOR COUNTER

Today62
Yesterday594
This week2218
This month11684
Total439259

Visitor Info

  • IP: 185.191.171.25
  • Browser: Unknown
  • Browser Version:
  • Operating System: Unknown

Who Is Online

1
Online

2022-11-27

HUBUNGI KAMI

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI (RMIC)

Universiti Malaysia Kelantan (UMK),

16300 Bachok, Kelantan Malaysia

Nombor telefon : 09-7797780

Email     : rmic@umk.edu.my

Website    : http://rmic.umk.edu.my
Kemaskini Terakhir : 10 Ogos 2022 

PERTANYAAN / ADUAN

Image

Web Admin

Image

Encik Muhammad Hafiz Bin Mohd Yani

No Tel/Ext: 09-7797780/11825
Emel: hafiz.y@umk.edu.my