UMK RISING STAR

Image
PENGENALAN

Program UMK Rising Star merupakan strategi untuk meningkatkan bilangan staf akademik terlibat sebagai penyelidik utama dan bilangan penerbitan dalam jurnal Scopus/WOS. Program ini merupakan program khas yang diperkenalkan buat julung kali pada tahun 2020 untuk membimbing saintis muda melalui program bimbingan dan kursus yang telah disusun bagi memastikan objektif utama program ini iaitu menjadi pakar dalam bidang dan menjadi pelapis kepada pakar sedia ada tercapai. Melalui bimbingan khas ini, staf akademik yang terpilih akan ditawarkan geran Program UMK Rising Star berjumlah RM 20,000.00 bagi Sains dan Teknologi dan RM10,000.00 bagi Sains Sosial.

Peserta program ini akan dipantau pencapaian mereka dari sudut penerbitan serta aktiviti berkaitan dan pihak universiti berhak menamatkan peserta dari program ini sekiranya pencapaian tidak mencapai tahap yang ditetapkan. Melalui program ini, peserta dibimbing oleh Mentor UMK Rising Star yang terdiri daripada kalangan Profesor-Profesor di UMK. Peserta yang terpilih juga adalah merupakan pembimbing kepada staf baharu di fakulti dan wajib untuk mencari pelapis sekurang-kurangnya satu staf baharu sebagai mentee di Fakulti/Pusat masing-masing.

SENARAI MENTOR MENTEE UMK RISING STAR
Image
Image

"BACHOK 7 JUN I Seramai 14 penyelidik muda Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dari pelbagai kepakaran dan bidang penyelidikan menerima watikah pelantikan untuk memulakan program perintis UMK Rising Star dalam usaha meningkatkan penemuan akademik khususnya dalam bidang penyelidikan, inovasi dan penerbitan berimpak..."

SENARAI UMK RISING STAR

TAHUN 2021

Pergi ke...

TAHUN 2020

Pergi ke...
Image

VISITOR COUNTER

Today1019
Yesterday1067
This week4063
This month16068
Total205049

Visitor Info

  • IP: 3.238.132.225
  • Browser: Unknown
  • Browser Version:
  • Operating System: Unknown

Who Is Online

1
Online

2021-09-16

HUBUNGI KAMI

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI (RMIC)

Universiti Malaysia Kelantan (UMK),

16300 Bachok, Kelantan Malaysia

Nombor telefon : 09-7797780

Email     : rmic@umk.edu.my

Website    : http://rmic.umk.edu.my
Kemaskini Terakhir : 25 JULAI 2021 

PERTANYAAN / ADUAN

Web Admin

Image

Encik Muhammad Hafiz Bin Mohd Yani

No Tel/Ext: 09-7797780/11825
Emel: hafiz.y@umk.edu.my