Tahniah kepada kesemua penerima geran UMK-NICE, geran khusus untuk warga pentadbir (STAF PENTADBIRAN) yang berjaya di dalam permohonan bagi cycle 01/2020 yang lalu. Inisiatif dan strategi ini adalah bagi menyokong Teras #4 Pelan Strategik UMK, iaitu penglibatan staf bukan akademik menyokong kepada ekosistem RICE (Penyelidikan, Inovasi, Pengkomersilan dan Keusahawanan) di UMK. Pentadbir yang berjaya memperolehi geran UMK-NICE ini akan dibantu oleh STAF AKADEMIK yang berperanan sebagai Ketua Projek Bersama (KPB) bagi membantu di dalam proses kaedah metodologi yang betul, bantun dan sokongan penerbitan yang merupakan output kepada geran tersebut. Output daripada geran ini juga dikira sebagai sumbangan kepada markah MyRA universiti. Perlaksanaan proses geran UMK-NICE (permohonan, penilaian, keputusan, pemantauan dan laporan akhir) ini diselaraskan di bawah Bahagian Pengurusan Penyelidikan (RMD) RMIC. Penilaian dibuat melalui Jawatankuasa Penilaian dan diluluskan di dalam Jawatankuasa Penyelidikan, Inovasi dan Penerbitan (JPIP) UMK.
000