Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.
YBhg. Prof. Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
JEMPUTAN MENYERTAI CARNIVAL OF RESEARCH AND INNOVATION -VIRTUAL INTERNATIONAL EDITION- 2021 (CRI 2021) ANJURAN BERSAMA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN DAN POLITEKNIK KOTA BHARU.
Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui sekretariat Bahagian IP & Pengkomersialan (ICD) RMIC bersama Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan dan Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan dengan kerjasama Politeknik Kota Bharu (PKB) serta disokong oleh National STEM Association akan menganjurkan Carnival of Research -Virtual International Edition- 2021 (CRI 2021) bersempena International Virtual Innovation and Invention Challenge 2021 (INTELLIGENT) dan Creative Innovation Carnival 2021 (CIC) secara dalam talian seperti ketetapan berikut:
Pendaftaran: 20 Mei - 20 Jun 2021
Muatnaik bahan : 21 Jun - 20 Julai 2021
Penilaian Juri: 21 Julai - 25 Ogos 2021
Pengumuman Pemenang: 20 - 21 September 2021
3. Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati ingin menjemput pihak YBhg. Prof. Dato'/Prof/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan untuk menyertai CRI 2021. Bersama ini dilampirkan poster penyertaan dan pautan maklumat lanjut untuk rujukan di
https://linktr.ee/criumk
4. Segala kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh YBhg. Prof. Dato'/Prof/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
000