HEBAHAN: PEMBUKAAN PERMOHONAN DANA R&D DI BAWAH PROGRAM PEMACU, MOSTI TAHUN 2021

HEBAHAN: PEMBUKAAN PERMOHONAN DANA R&D DI BAWAH PROGRAM PEMACU, MOSTI TAHUN 2021

Assalamualaikum w.b.t.h dan Salam Sejahtera,


YBhg. Prof. Datuk/Datin/Prof./Prof. Madya/Tuan/Puan,

HEBAHAN: PEMBUKAAN PERMOHONAN DANA R&D DI BAWAH PROGRAM PEMACU, MOSTI TAHUN 2021

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas. 

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah melancarkan Malaysia Grand Challenge (MGC) pada 8 Januari 2021 sebagai usaha menggalakkan aktiviti Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersialan dan Inovasi (R&D&C&I) negara.  Sejumlah dana telah diperuntukkan untuk lima (5) Skim Dana Pembiayaan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) di bawah Program Dana Pemacu Teknologi Strategik (PEMACU).

3.     Permohonan dana ini dibuka sepanjang tahun. Penyelidik yang berminat boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian menggunakan Sistem eDana melalui pautan https://edana.mosti.gov.my/. Bersama-sama ini dilampirkan Infografik Dana R&D MOSTI dan Garis Panduan bagi setiap dana (berkuat kuasa mulai 1 Januari 2021) untuk rujukan dan panduan. Namun begitu, penyelidik dinasihatkan untuk sentiasa merujuk Garis Panduan  melalui portal Sistem e-Dana dari semasa ke semasa kerana MOSTI berhak mengubah garis panduan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.  

4.       Sehubungan itu, penyelidik yang telah mengemukakan permohonan melalui Sistem eDana perlu mengemukakan dokumen permohonan  secara hardcopy kepada Bahagian Pengurusan Penyelidikan (RMD) bagi tujuan rekod. Sebarang pertanyaan boleh hubungi En. Mohd Faisal/Cik Nurul Ain Nabila ditalian 097797780/0194263148 atau emelkan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

000
Read 1184 times Last modified on Tuesday, 15 June 2021 16:30
Rate this item
(0 votes)
Image

VISITOR COUNTER

Today112
Yesterday173
This week1388
This month579
Total469596

Visitor Info

  • IP: 34.225.194.102
  • Browser: Unknown
  • Browser Version:
  • Operating System: Unknown

Who Is Online

1
Online

2023-02-03

HUBUNGI KAMI

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI (RMIC)

Universiti Malaysia Kelantan (UMK),

16300 Bachok, Kelantan Malaysia

Nombor telefon : 09-7797780

Email     : rmic@umk.edu.my

Website    : http://rmic.umk.edu.my
Kemaskini Terakhir : 1 JANUARI 2023

PERTANYAAN / ADUAN

Image

Web Admin

Image

Encik Muhammad Hafiz Bin Mohd Yani

No Tel/Ext: 09-7797780/11825
Emel: hafiz.y@umk.edu.my