Sessi taklimat dan kunjungan mesra YBhg Tan Sri Dato' Sri Dr Abdul Aziz bin Abdul Rahman ke InsPeK, UMK Bachok.
InsPeK telah menerima Kunjungan mesra YBhg Tan Sri Dato' Sri Dr Abdul Aziz bin Abdul Rahman (Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Pahang dan Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)). Taklimat penuh berkenaan Inspek dan kejayaan2 Inspek terutama di bawah projek UMK-MoF bagi Social Enterprise telah dibentangkan oleh Pengarah Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK) iaitu Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Amir Zal bin Wan Ismail.
Tujuan utama kunjungan ini adalah untuk membincangkan berkaitan data dan pengukuran kemiskinan yang melangkaui aspek kewangan dan strategi untuk tingkatkan kesejahteraan hidup komuniti miskin melalui sistem pemetaan yang komprehensif.
Turut hadir Pengarah Kanan RMIC UMK, Prof Ir Ts Dr Ahmad Ziad Bin Sulaiman.
Semoga kunjungan mesra ini dapat membina jaringan berkaitan penyelidikan dan data kemiskinan bandar dalam cakupan MAIWP kelak.
000