JELI 12 Disember I Terima kasih YBhg. Tan Sri Haji Mohamad Fatmi Bin Haji Che Salleh di atas kunjungan pertama ke UMK Kampus Jeli selepas dilantik selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Kelantan (UMK), berkuat kuasa pada 1 November 2021. Turut hadir, Ahli Lembaga Pengarah Universiti, YBhg. Datuk Hj. Zaluzi Sulaiman dan YBhg. Prof Dr Khairil Wahidin Awang. Ketibaan YBhg. Tan Sri Hj. Mohamad Fatmi disambut oleh Menjalankan Fungsi Naib Canselor UMK, Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof.Dr. Razli Che Razak dan Pendaftar UMK, Puan Mazula Sabudin.
Beliau seterusnya hadir ke Sesi Pembentangan Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Pejabat Timbalan Penyelidikan dan Inovasi oleh Prof. Dr. Arham. Agenda seterusnya ialah perbincangan bagi memberikan input dan maklumat jelas kepada YBhg. Tan Sri Hj. Mohammad Fatmi khususnya peranan pejabat TNCPI dalam memartabatkan reputasi institusi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta melonjakkan aktiviti penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan. Turut diadakan sesi taklimat dan pembentangan Pusat Teknokeusahawanan Emas Logam Bumi dan Bahan atau Gold, Rare Earth and Material Technopreneurship Centre (GREAT) dan Kompleks Inovasi dan Keusahawanan (Innovation and Entrepreneurship Incubator Complex IEIC) oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Penyelidikan (RMD), Dr Abdul Hafidz Yusoff dan Pengarah Institut Penyelidikan Jaminan Makanan Dan Pertanian Lestari (IFFSA), Ts. Dr. Maryana Mohamad Nor. Terdahulu, YBhg. Tan Sri Hj. Mohammad Fatmi turut meluangkan masa berkunjung ke booth pameran penghasilan produk daripada pelajar dibawah latihan dan modul daripada IFSSA di Pusat Inkubator UMK.
000