UMK-MOF SOCIAL ENTERPRISE

Image

KERANGKA UMUM CADANGAN PELAKSANAAN PROGRAM “UMK FOR SOCIETY SOCIAL ENTERPRISE PROJECT” BAGI PROGRAM KHAS SOCIAL ENTERPRISE BELANJAWAN 2019

TUJUAN

Memohon pertimbangan Kementerian Kewangan terhadap cadangan melaksanakan “UMK for Society Social Enterprise Project” bagi program khas Social Enterprise Belanjawan 2019.

KESELARASAN ANTARA POLISI

Usaha yang dilaksanakan oleh UMK bukan sekadar selari dengan polisi sedia ada, malah UMK menjadi institusi penting untuk merealisasikannya. Terbaru, bagi memastikan Malaysia mampu menjadi negara keusahawanan (entrepreneurial nation) yang unggul menjelang tahun 2030, UMK turut memberi sumbangan dari aspek membentuk strategi bagi merealisasikan Dasar Keusahawanan Nasional (DKN). Ini termasuklah membentuk strategi untuk membudayakan Keusahawanan dalam segenap lapisan masyarakat, merangsang pembangunan keusahawanan bersepadu dan holistik; dan memacu pertumbuhan ekonomi melalui perusahaan berteraskan inovasi.

Bukan sekadar itu sahaja, UMK proaktif mengatur strategi untuk bersama dalam Rancangan Jangka Panjang Negara, iaitu Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030). WKB2030 merupakan iltizam untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang terus membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif pada semua peringkat kumpulan. Berasaskan tujuh (7) teras strategik WKB2030, banyak peluang yang boleh digunakan untuk merapatkan jurang antara pelbagai kumpulan, khususnya pada kumpulan yang kurang bernasib baik melalui program perusahaan sosial.ekonomi yang adil, saksama dan inklusif pada semua peringkat kumpulan. Berasaskan tujuh (7) teras strategik WKB2030, banyak peluang yang boleh digunakan untuk merapatkan jurang antara pelbagai kumpulan, khususnya pada kumpulan yang kurang bernasib baik melalui program perusahaan sosial.

Melalui inisiatif perusahaan sosial yang dirangka oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF), UMK ingin menawarkan diri untuk berkerja bersama dengan MoF bagi merealisasikannya. Program ini dikenali sebagai “UMK for Society Social Enterprise Project”.

Image

"PENGKALAN CHEPA 28 Januari I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menerima peruntukkan geran pembiayaan penyelidikan bernilai RM2.6 juta daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) bagi pelaksanaan Projek Usahawan Sosial atau UMK For Society Social Enterprise Project sebagai usaha meningkatkan sumber pendapatan dan ekonomi masyarakat..."

PELAKSANAAN “UMK FOR SOCIETY SOCIAL ENTERPRISE PROJECT”

Program “UMK for Society Social Enterprise Project” mengandungi tiga (3) kluster dan 13 projek perusahaan sosial (Lihat Rajah). Projek ini melibatkan kos sebanyak RM2,823,357.00 dan peserta seramai 3,445 orang dari pelbagai latar belakang. Program ini melibatkan lima (5) pemegang taruh, iaitu 1) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) (tidak termasuk kerjasama dengan universiti awam lain); 2) Agensi kerajaan; 3) Badan bukan kerajaan (NGO); 4) Komuniti kurang bernasib baik (termasuklah komuniti B40 dan asnaf); dan 5) pelajar UMK.

Ringkasan Program “UMK for Society Social Enterprise Project”.

Image
KESIMPULAN

Program “UMK for Society Social Enterprise Project” dirangka untuk membantu Kementerian Kewangan Malaysia khususnya dan Kerajaan Malaysia amnya bagi memastikan program perusahaan sosial yang dirancang benar-benar memberi impak kepada kumpulan sasar, khususnya kepada kumpulan kurang bernasib baik secara berimpak lestari melalui konsep rakan kongsi atau bekerja bersama antara pemegang taruh.

UMK-MOF

PENYELIDIKAN

Pergi ke...

GALERI & AKTIVITI

Pergi ke...

PENERBITAN

Pergi ke...

VIDEO

SEKRETARIAT UTAMA

FACEBOOK UMK-MOF (RASMI)

LAMAN SESAWANG INSPEK

Image

VISITOR COUNTER

Today226
Yesterday876
This week1102
This month16352
Total495203

Visitor Info

  • IP: 34.238.189.240
  • Browser: Unknown
  • Browser Version:
  • Operating System: Unknown

Who Is Online

1
Online

2023-03-28

HUBUNGI KAMI

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI (RMIC)

Universiti Malaysia Kelantan (UMK),

16300 Bachok, Kelantan Malaysia

Nombor telefon : 09-7797780

Email     : rmic@umk.edu.my

Website    : http://rmic.umk.edu.my
Kemaskini Terakhir : 1 JANUARI 2023

PERTANYAAN / ADUAN

Image

Web Admin

Image

Encik Muhammad Hafiz Bin Mohd Yani

No Tel/Ext: 09-7797780/11825
Emel: hafiz.y@umk.edu.my