DOUBLE TAX DEDUCTION (DTD)
-
Double Tax Deduction ini adalah sumbangan wang tunai daripada syarikat kepada Institut Penyelidikan yang diluluskan (RMIC UMK) untuk aktiviti penyelidikan yang mematuhi definisi penyelidikan yang diperuntukkan dalam Akta Pelaburan 1986 adalah layak untuk mendapat insentif secara potongan cukai dua kali.
- Penyelidikan dan pembangunan” ertinya apa-apa kajian sistematik, penyiasatan dan eksperimen yang melibatkan perkara baharu atau risiko teknikal yang dijalankan dalam bidang SAINS ATAU TEKNOLOGI dengan tujuannya untuk memperolehi pengetahuan baharu atau menggunakan hasil kajian untuk pengeluaran atau penambahbaikan pada bahan, peranti, produk, hasil, atau proses.
- Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (RMIC), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah diberi pengiktirafan oleh YB Menteri Kewangan sebagai " Institut Penyelidikan Yang Diluluskan" di bawah Seksyen 34B Akta Cukai Pendapatan 1967 mulai 22 April 2020.
- Sehubungan itu, pengiktirafan ini boleh digunapakai kepada syarikat yang mempunyai wang tunai untuk aktiviti penyelidikan atau menggunakan perkhidmatan di RMIC UMK adalah layak untuk mendapat potongan cukai sebanyak dua (2) kali.

PENYELIDIKAN YANG TIDAK DIBENARKAN
- Kawalan kualiti atau ujian rutin terhadap bahan, peranti, produk atau hasil;
- Penyelidikan dalam sains sosial atau kemanusiaan;
- Koleksi data rutin;
- Tinjauan kecekapan atau kajian pengurusan; dan
- Penyelidikan pasaran atau promosi jualan.
- Bukan berbentuk perbelanjaan modal
SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON DTD
