Bismillahirrahmanirrahim.

 

 

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 

Selamat datang ke laman sesawang Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RMIC), UMK. Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia-Nya yang telah memungkinkan pembangunan laman sesawang RMIC ini dengan matlamat untuk menjadi salah satu pusat maklumat dan rujukan dalam urusan berkaitan pengurusan serta pelaksanaan aktiviti penyelidikan bagi staf dan pelajar UMK.

 

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RMIC) merupakan salah satu entiti di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang berperanan untuk mengurus, menyelaras dan menggerakkan aktiviti penyelidikan bagi meningkatkan produktiviti dalam menghasilkan penemuan serta output penyelidikan berkualiti berasaskan keperluan industri dan komuniti, selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) oleh Kementerian Pendidikan Tinggi. RMIC juga menjalinkan kerjasama dengan sektor awam dan swasta, khususnya dalam mendapatkan pembiayaan daripada pihak luar bagi menyokong aktiviti penyelidikan universiti.

 

Selaras dengan misi UMK untuk menyediakan program akademik dan latihan berkualiti dan releven, penyelidikan dan inovasi dengan nilai komersial tinggi, perkhidmatan yang efektif dan efisien dan mengutamakan persekitaran kondusif serta memenuhi tanggungjawab sosial.

 

Akhir kata, saya berharap kita semua dapat memanfaatkan laman sesawang ini sebaiknya, dan segala cadangan serta idea membina bagi penambahbaikan perkhidmatan amatlah dialu-alukan.