PENGENALAN KEPADA ETIKA PENYELIDIKAN UMK

 

  1. Jawatankuasa Etika Penyelidikan Universiti Malaysia Kelantan (JEP-UMK) telah diwujudkan pada Disember 2017 dan telah dibawa ke makluman Mesyuarat Jawatankuasa Senat bagi memastikan dan memantau semua aktiviti penyelidikan melibatkan manusia, haiwan serta biokeselamatan dan biosekuriti dijalankan dengan memenuhi aspek-aspek penghormatan terhadap privasi, kerahsiaaan, kesejahteraan haiwan dan pemuliharaan terhadap kepelbagaian biologi dan alam sekitar.
  2. Terma rujukan JEP-UMK dirangka untuk memberi penjelasan yang terperinci tentang kuasa dan keputusan yang boleh dibuat oleh JEP-UMK selaras dengan etika-etika yang diluluskan di UMK. Pada tahun 2020, sejajar dengan perubahan struktur pengurusan penyelidikan dan penubuhan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RMIC), terma rujukan JEP-UMK diubah mengikut perubahan tersebut.

OBJEKTIF

  1. Rujukan kepada jawatankuasa Etika dan penyelidik UMK dalam menjalankan penyelidikan melibatkan tumbuhan, haiwan dan manusia.
  2. Menjelaskan struktur organisasi, keahlian, fungsi dan tanggungjawab JEP-UMK.

PEMATUHAN KEPADA ETIKA PENYELIDIKAN

  1. Jawatankuasa Etika Penyelidikan UMK (JEP-UMK) dan penyelidik UMK yang menjalankan aktiviti penyelidikan melibatkan manusia, haiwan serta biokeselamatan dan biosekuriti bertanggungjawab untuk memahami dan mematuhi Garis Panduan Etika Penyelidikan UMK yang berkuatkuasa.
  2. Semua penyelidikan yang melibatkan perkara di bawah perlu mendapatkan kelulusan JEPUMK:

JAWATANKUASA ETIKA PENYELIDIKAN UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (JEP-UMK)