FUNGSI BAHAGIAN KOMERSIALAN DAN HARTA INTELEK (ICD)

  1. Menguruskan harta intelek yang dibangunkan oleh staf dan pelajar UMK dalam aspek peciptaan, perlindungan, inovasi, ekspotasi dan pemindahan teknologi.
  2. Menyelaras aktiviti-aktiviti perundingan melibatkan bidang-bidang kepakaran yang terdapat di UMK.
  3. Menjana aktiviti pengkomersialan harta intelek yang dihasilkan melalui aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan di UMK.
  4. Menggalakkan pembangunan dan kemajuan institusi melalui usahasama strategic kea rah pengkomersialan dalam sektor swasta dan awam.
  5. Mewujudkan kesedaran dalam kalangan staf dan pelajar tentang hak, tanggungjawab dan peluang yg ada berkaitan harta intelek, pengkomersialan dan perundingan

POLISI SYARIKAT HILIRAN (SPIN-OFF) DAN SYARIKAT TERBITAN (START-UP) UMK

APA ITU SYARIKAT HILIRAN?

Staf UMK adalah dibenarkan menubuhkan syarikat hiliran atau/ dan syarikat terbitan dalam bentuk syarikat persendirian seperti yang termaktub di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777), dan tertakluk kepada syarat-syarat dalam Peraturan-Peraturan Tatatertib Badan-Badan Berkanun, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605).

PENDAPATAN DARI SYARIKAT YANG DIDAFTARKAN

Bayaran yuran perlesenan Teknologi (bagi Syarikat Hiliran)

Bayaran Royalti