Latar Belakang

Mengenai Kami

PENGENALAN

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RMIC)
di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berfungsi sebagai pusat utama dalam menguruskan semua maklumat dan aktiviti berkaitan inovasi penyelidikan dan penerbitan, bagi menyokong dan membantu para akademik UMK.

RMIC merupakan salah satu entiti di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang memainkan peranan penting dalam mengurus, menyelaras, menggerakkan dan memperkasakan usaha Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersialan dan Keusahawanan (R&D&C&E). Usaha ini bertujuan untuk meningkatkan produktiviti penyelidikan serta menghasilkan penemuan baharu dan output penyelidikan yang berkualiti. Selain itu, RMIC juga berfungsi untuk memperkukuhkan kerjasama R&D&C&E bersama sektor awam dan swasta, khususnya dalam mendapatkan geran penyelidikan luar, serta menjalinkan hubungan strategik dengan pihak industri.

Kini, RMIC diketuai oleh Prof. Ir. Ts. Dr. Julie Juliewatty Binti Mohamed sebagai Pengarah Kanan. RMIC terdiri daripada tiga bahagian utama, iaitu:

  • Bahagian Pengurusan Penyelidikan (RMD),

  • Bahagian Inovasi dan Pengkomersialan (ICD), dan

  • Bahagian Penerbitan dan Penarafan (PRD).

Setiap bahagian ini diketuai oleh seorang Pengarah, iaitu:

  • Prof. Madya Chm. Ts. Dr. Abdul Hafidz Bin Yusoff – Pengarah Bahagian Pengurusan Penyelidikan (RMD),

  • Prof. Madya Ts. Dr. Mardawani Binti Mohamad – Pengarah Bahagian Inovasi dan Pengkomersialan (ICD), dan

  • Prof. Madya Dr. Mohd Asrul Hery Bin Ibrahim – Pengarah Bahagian Penerbitan dan Penarafan (PRD).

Pembangunan RMIC adalah selaras dengan keperluan yang semakin meningkat di peringkat universiti dan nasional, dengan matlamat untuk menjadikan penyelidikan dan aktiviti berkaitan sebagai pemangkin kepada penjanaan kekayaan serta kecemerlangan akademik di UMK.


About Us

Visi


  • Penyelidikan dan inovasi dengan nilai komersial tinggi bagi tujuan pemindahan teknologi, penjanaan pendapatan, pembangunan dalam negara dan antarabangsa serta peningkatan keusahawanan.
     

Misi


  • Memacu kecemerlangan Universiti dalam usaha pengkomersialan penyelidikan di dalam negara dan di peringkat antarabangsa.

Objektif


  • Menetapkan penyelidikan dan inovasi sebagai agenda UMK yang diutamakan
  • Untuk melahirkan penyelidik yang berkemahiran tinggi dan graduan berbakat, kreatif dan inovatif dalam penyelidikan
  • Untuk memberi tumpuan kepada kelompok penyelidikan / niche yang akan memberikan kekuatan dalam penyelidikan UMK
  • Untuk memperkukuhkan penyelidikan visi dan inovasi keusahawanan
  • Melakukan penyelidikan baru, relevan dan berdampak untuk pembangunan sosio-ekonomi
  • Untuk melengkapkan agenda yang digariskan oleh agenda nasional dalam penyelidikan